Sunday, January 10, 2010

Ujian Ultrasonik PDF Cetak E-mail

Keterangan Kursus:

Kursus ini menawarkan pembelajaran secara teori dan praktikal yang menyeluruh untuk membolehkan pelatih memperolehi ketahanan asas dalam pemeriksaan ultrasonik. Pelatih-pelatih yang telah menamatkan kursus ini berupaya melakukan tentuukur kepada pengesan kecacatan dengan kedua-dua bentuk gelombang, merekod ukuran ketebalan dengan tepat serta mengesan dan menentukan saiz kecacatan dalam plat besi. Pelatih-pelatih juga berupaya untuk memilih gelombang untuk memeriksa sambungan kimpalan, mengesan san menentukan saiz kecacatan dan akhirnya menghasilkan laporan.



Kumpulan Sasaran:

Ijazah/Diploma dalam Kejuruteraan



Kerjaya dan Masa Depan:

Pelatih akan mengetahui bahawa kemahiran pemeriksaan NDT dalam memenuhi keperluan pasaran tempatan dan global.



Jangka Masa Kursus:

2 bulan





Pensijilan:

PCN Tahap 2 (Ujian Ultrasonik)



Kandungan Kursus:

* Konsep asas
* Sifat bunyi
* Penyebaran gelombang
* Bentuk-bentuk gelombang
* Operasi pengesan kecacatan
* Alat Pengesan Kecacatan Dalam Besi
* Medium Penyahgesaran
* Kecacatan yang berkait dengan proses di atas
* Kaedah kimpalan, acuan dan tempahan
* Kaedah laporan
* Penggunaan sistem plot
* Piawaian British yang relevan

No comments:

Post a Comment